|
Bersyukur Lah Wahai Teman ≡
Posted on Saturday, 17 March 2012 at 15:29
Seperti yang kawan semua tahu , kaum Hawa ini dilahirkan berasal dari tulang rusuk kaum Adam . Betul kan ? okey , dengan itu , janganlah kaum Adam berbangga dan riak sangat , kerana apa yang Allah cipta itu pasti ada hikmahnya . CONTOH :: segelintir kaum Adam , sering bertukar-tukar pasangan (playboys) dengan beranggapan bahawa kaum Hawa lahir daripada tulang rusuk mereka . Dengan itu , kaum Hawa perlu 'menghormati' mereka . hello ?? Jangan lah kaum Adam itu berbangga - bangga sangat atas kejadian ini . Sesungguhnya , kaum Adam itu dilahirkan dari mana ? Siapakah yang melahirkan kaum Adam sekalian ? Semestinya ibu-ibu , umi-umi dan emak-emak kaum Adam sekalian . Dengan itu , janganlah kaum Adam berbangga kerana kaum Hawa dilahirkan berasal dari tulang rusuk kamu . Sebaliknya , kamu kaum Adam juga dilahirkan dari kaum Hawa (ibu) . Tanpa kaum Hawa , tidaklah wujud kamu wahai kaum Adam didunia ini . *SETIAP YANG BERLAKU PASTI BERHIKMAH* Segelintir lelaki sering berfikiran bahawa kaum Hawa ini tempat mereka melepaskan nafsu , tempat mereka bermanja - manja , bersuka ria dan lain - lain . Kenapa kaum Adam berfikiran sebegitu ? Semestinya segelintir kaum Adam berfikir ''Ahh ! kau pon lahir dari tulang rusuk aku . Kau kene hormat aku . Kau kena bagi apa yang aku nak !! '' astarfirullahalazim.. Tolonglah wahai kaum Adam !! janganlah sesekali berfikiran sebegitu terhadap kaum Hawa ! Seperti yang kamu semua tahu , kaum Hawa ini dilahirkan sebagai seorang yang pemalu , lemah lembut , sopan - santun dan baik . Sebaliknya , segelintir kaum Hawa didunia ini sudah hampir rosak . Segelintir Kaum Hawa didunia ini terjebak dalam aktiviti sosial seperti GRO , pelacur , dan sebagainya . Di sini , apakah tugas kaum Adam dilahirkan ? Apa yang sepatutnya kaum Adam lakukan ? Wahai kaum Adam sekalian , bimbinglah kaum Hawa ini kajalan yang benar . Kejalan yang deredhai Allah . Sesungguhnya , kaum Adam dilahirkan sebagai pelindung kepada kaum Hawa . |
|
1 Comment:
Like it ! <3
Post a comment