|
OUR MOMENTS ≡
Posted on Sunday, 10 March 2013 at 16:08
Pada yang sudi menyapa, ku titipkan rasa Terima Kasih.
Pada yang sudi meneman, ku hadiahkan seribu penghargaan. Pada yang sudi merindu, bagiku besar sekali maknanya.
Pemergianmu itu kan bersama lambaian sedu
tanpa ku pinta dan tanpa ku duga
kesali merangkuli diri
bukan kerana engkar kehendak Ilahi
cuma pergimu tiada diriku di sisi..
Untuk kesian kali,
tetiba terasa rindu dekat seorang lelaki yang pernah menjadi kawan baik aku. Yang selalu buat aku gelak. Yang pernah buat aku menangis tapi membuat aku gelak semula. Dia seorang sahabat yang sentiasa ada dalam ingatanku. Kita berpisah sudah 10 tahun. Tapi aku tak pernah lupakan kau. Dalam bulan April 2012 aku dapat berita sedih tentang pemergian mu kawan ku.
pertemuan telah ditakdirkan
antara kita tidak pernah dirancangi
manalah takdir hendak dilawan.. semuanya ketentuan Tuhan
wahai sahabat, sematkan semua kenangan yang telah kita sama sama lalui.
Memori kita.
Kita kenal since umur kita kecil lagi. Maybe dalam 4 or 5 tahun. Kita sekolah tadika Al-Huda masa umur 5 dengan 6 tahun. Kita pergi sekolah jalan kaki sama sama. Balik sekolah tadika makan aiskrim sama sama. Setiap petang pukul 6 main basikal sama sama. Then masuk sekolah rendah. Aku masuk kelas 1Usaha. then kau pon sama masuk kelas 1 usaha. sukanya kita masa tu, dapat duduk dalam satu kelas. Masa tu dalam kelas, aku duduk depan sekali dengan kawan perempuan aku. Then cikgu BI ubah tempat duduk. Cikgu BI tu ubah tempat duduk aku belakang sekali sebelah kau. ya Allah. happy nya masa tu. ye la kan, duduk sebelah best friend, sape yang taknak. Masa aku baru duduk meja sebelah kau, kau malu malu konon. haha kelakar sangat masa tu. Then main tolak tolak. lepastu kau tolak aku, aku jatuh kerusi. Aku nangis. Then kau pujuk aku. Kau buat aku gelak semula. Untungnya aku dapat kawan macam kau. Aku bersyukur sangat :') Then kita main baling baling pensil. One day, cikgu BI buat oral test. Aku past oral test BI tu. Aku dapat A. Lepastu, time tiba nama kau, masa kau nak buat ujian oral test, kau tak past oral test BI tuh. Sebab kau gagap BI. Then kau suruh aku ajar macam mana nak cakap BI. Masa tu aku ajar kau cakap BI speaking. Speaking gagap lepastu gelak gelak. haha. bestnya time tu. Tapi aku rasa lagi best kalau kau masih ada sekarang. Then kita buat homework sama sama. teringat satu haritu. Pensil aku hilang dalam kelas. Aku tanya kau ''weah nampak pensil aku tak?'' then, kau jawab ''tu dekat pipi kau tu bukan pensil?'' haha. okay masa tu aku lupa. Aku pakai tudung, then aku selitkan pensil tu antara tudung dengan pipi. faham? then aku jawab ''a ah la. Lupa pulak kita><'' then kau senyum je tengok aku sambil geleng geleng kepala.
Masa darjah 2 aku naik kelas. 2Gigih sebab aku dapat 5A. kau still dalam kelas yang dulu. 2 Usaha. Kita berpisah kelas masa darjah 2 tuh. Tapi kita still berjumpa. Bila cikgu takde, aku masuk kelas kau jumpa kau duduk sebelah kau. kau pun sama. Bila cikgu takde, kau masuk kelas aku , kau duduk sebelah aku. Kau tolong siapkan homework aku. Satu petang tu, aku duduk dekat luar sensorang. Tunggu kau datang rumah aku then kita main basikal sama sama. then mak aku tanya aku ''angah buat apa dekat luar?'' aku jawab 'tengah tunggu kau'. then mak aku cakap kau dah takde. Kau pindah. lepas ni kau tak boleh main dengan aku lagi sebab kau dah pindah jauh. Aku tanya mak aku bila kau pindah? Mak aku jawab kau pindah harini. ohh start tu aku terus capai basikal aku pergi rumah kau. masa tu aku dapat jumpa kau for the last time. Masa tu kau tengah tolong bapak kau angkat barang barang masuk dalam lori. Aku tengok jee dari jauh. kau nampak aku, kau lambai aku then kau cakap ''syera! aku nak pindah! bubye!' kau senyum jee masa tu. Sukanya aku tengok kau senyum. Aku tunggu je tengok kau angkat barang dekat rumah kau sampai barang habis angkat then lori kau gerak. then kau dengan family kau pun nak gerak. kau datang dekat aku , kau cakap lagi 'syera, aku nak pindah. best dapat rumah baru. Aku dah tak sekolah sama dengan kau tauu. bye syera' then kau masuk kereta kau pergi dengan family kau. kau lambai aku. Alaa.. sayunya hati aku masa tuh, kawan yang selalu sekolah bersama main basikal sesama dah pindah. Since kau pindah, setiap petang aku tak main pun. Kalau main pun. main basikal sensorang. Dalam kelas kau takde. Sunyi jee. takde sape nak buat aku gelak lagi. Itu lah hari terakhir aku jumpa kau.
Kalau kau nak tau, lepas kita berpisah kita terus tak jumpa, lost contact. Aku selalu sangat nak jumpa dengan kau. masa 2011, aku selalu cari apa nama Fb kau. Mana tau, kita boleh berhubung semula. Tapi aku tak dapat jugak cari Fb kau. Aku fikir, maybe kau takde Fb. Last year bulan April 2012 aku dapat khabar dari kawan aku. Dia kata kau dah takde. Kau dah pergi sebab excident. Ya Allah. Masa tu aku asyik fikir kenangan kita je. Kawan aku kata kau excident. Kenapa kau boleh excident? ya Allah. nak nangis tau tak masa aku dengar kawan aku cakap kau dah takde. Start tu, baru aku dapat nama Fb kau. Aku stalk Fb kau lama sangat. Sebab aku rindu kau weah :'(
Aku rindu masa-masa itu
Di saat kita duduk bersama melepaskan semua lelah yang ada
Aku rindu masa-masa itu
Di saat kita berdua bercanda bagai dua sahabat lama yang tak pernah bertemu
Aku rindu masa-masa itu
Dimana kau selalu menungguku di ujung jalan sana
Dan tersenyum ketika aku datang
Aku rindu masa-masa itu
Ketika kau meletakkan semua penatmu di bahuku
Dan mengadu seperti seorang bocah
Aku rindu akan semua itu
Semua masa-masa di saat kita bersama dahulu
Kalau kau masih ada sekarang, masti tahun ni kita sama sama amik SPM kan. Tapi nak buat macam mana, kau dah pergi terlebih dahulu. Aku doakan kau bahagia disana teman :')
Sahabat,
Aku sangat bahagia dengan kehadiranmu
Aku amat menghargai kehadiranmu
Sahabat..
Banyak lagi kenangan-kenangan indah bersama kau
Tidak pernah aku lupakan kenangan kenangan itu
Tersangat seronok zaman kita bersama dahulu..
Terlalu aku rinduinya..
Sekarang..
Aku masih tercari cari peluang untuk mengulangi kenangan kenangan tersebut
Tetapi..
Berpeluangkah aku??
Wahai sahabatku..
Aku sentiasa merindui kehadiranmu..
Semoga persahabatan kita kekal dunia dah akhirat
Dan aku merindui kamu
wahai sahabat ku yang jauh..
Amat sukar dicari apa itu sahabat. Inikan pula sahabat sejati. Tetapi sepanjang perjalanan kehidupan ini. Aku mula mengerti siapa sahabat. Sahabat yang sentiasa membimbing aku ke jalanNya. Aku gembira, rasa hiba tiada dirasa. Jika ada sahabat bersamaku
Aku kian merindui mu sahabat yang jauh dariku. Teringat kenangan bersama yang telah kita coretkan. Yang kininya hanya boleh dikenang. Aku harap kau juga masih terkenang masa lalu kita bersama suka dan duka, yang tidak mungkin pernah padam dari ingatan Biar ia bersemi untuk selamanya sahabatku. Kita berjumpa kerana takdir Kita berkawan kerana kasih sayang Kita bersama kerana hati kita bergaduh kerana satu ikatan Tapi yang paling penting, itu semua kerana Allah Taala.
TanpaNya tak mungkin sekarang terjadinya 1 Jalinan Hati. 1 Rahsia rasa.
yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa-jiwa yang memahami erti persahabatan.Al-Fatihah untuk Sahabatku |
|
0 Comment:
Post a comment