You My Iron Lady !
Posted on Sunday, 12 May 2013 at 00:12

Asalamualaikum.
hye hye. Apa pun thanks sebab sudi datang ke blog yang sudah usang lagi bersawang ni. 
cehhh. ayat aku tulis ni macam ada orang je nak datang blog ni. haha
Blog ni dah lama gilaa tak di updates.
Baru hari ni tergerak hati nak updates blog ni. Kesian kan -_-
 
Actually,
hari ni 12 may 2013
Korang tau tak hari ni hari apaa?
rugi lahh korang kalau tak amik tau hari ni hari apa.
hari ni HARI IBU !

Nak sambut? perlu sambut ke? ada orang kata tak baik sambut. 
kenapa tak boleh sambut ha? entah la.. syera pun tak tau kenapa.
Tapi bagi syera better sambut. Sebab ini lah salah satu cara untuk membuat hati ibu kita gembira.

Tapi hari ni 12 May , bagi family syera , tarikh tu bukan sekadar tarikh Hari Ibu. 
Tapi Hari Lahir Ibu Syera jugaaa!
Yeahhh! Birthday ibu lahhh xD
dalam 1 hari sambut 2 sambutan.




This for my lovely mother..
-create by your lovely daughter..

Dalam Berjuta
Dia Wanita Hebat 
Dia Iron Lady
Bagi Aku
Dia Bidadari

Korban Dari Dia 
Besar Maknanya
Bagi Aku
Dia Segala-galanya

Dia Teman Sejati
Dia Tiada Pengganti
Dia Sahabat
Suka Duka Setiap Hari

Dia Peneman Setiap Hari
Dialah Yang Mengindahkan Setiap Hari
Yang Sukar Dicari
Dialah Pemberian Dari Illahi

Dia Ibu Mithali
Yang Harus Disyukuri
I LOVE YOU MOM!


For My Lovely Mother: Puan Nor Shidah Bt Haji Omar
Ibu, Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Lahir juga. Semoga hidup mu sentiasa diberkati Allah. Dipanjangkan usia dengan penuh keberkatan dan amal ibadah. Dipermudahkan segala urusan. Amin  ᵔ.ᵔ

Tidak ada sutera yang begitu lembut seperti belaian seorang ibu,
Tidak ada Tempat yang paling nyaman selain pangkuan seorang ibu,
Tak ada bunga yang lebih cantik selain senyummu,
Tak ada jalan yang begitu berbunga-bunga seperti yang dicetak dengan langkah kakimu.
Kau adalah alasan kenapa aku ada.


Menjadi seorang Ibu penuh waktu adalah salah satu pekerjaan bergaji tertinggi
Kerana pembayaran adalah cinta murni

:with my lovely mother:
Seorang wanita yang telah memberi kami cinta dan pengorbanan.
Selamat Hari Ibu!



0 Comment:


Post a comment



TOP▲
© 2011-2013 YOUR NAME.
Design by Amer Izzat & Powered by Blogger.
Best viewed using Google Chrome with a resolution of 1366 x 667.